Friday, October 17, 2008

Balasan Meninggalkan solat

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"


Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggl dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikan- nya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a.dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."


Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mau mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyiksanya sehingga sampai hari kiamat."



Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :
  1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
  2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
  3. Dia tidak mau mendengar nasihat para ulama.

Semoga kita dijauhkan dari golongan yang disebutkan di atas..semoga kita di tempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh @ solehah..amin..

Nilai sebenar mengecapi kebahagiaan

KEBAHAGIAAN adalah impian semua insan. Setiap individu, pasangan suami isteri dan keluarga, tanpa mengira umur impikan kebahagiaan dan ketenangan.Namun begitu, tidak semestinya wang ringgit, pangkat besar, isteri cantik atau suami kacak, atau harta boleh membahagiakan seseorang.

Sesungguhnya, sebahagian tanda hidup bahagia insan Allah ada dalam keadaan berikut:

  1. Menjauhkan diri daripada sesuatu yang haram atau bersubahat dengannya.
  2. Bersahabat dengan orang baik dan soleh.
  3. Belas kasihan dan memberi manfaat kepada makhluk Allah yang lain.
  4. Merendah diri dan tidak takbur dengan harta dan kedudukan.
  5. Bersifat dermawan dan mulia
  6. Sedikit bercakap mengenai sesuatu yang tidak perlu.
  7. Sentiasa kuat kemahuan untuk beribadat seperti mendirikan solat dan membaca al-Quran.
  8. Senang mengingati urusan akhirat dan selalu mengingatkan mati.


Sebahagian tanda bagi orang yang hidup dan hatinya sengsara adalah seperti berikut:

  1. Kemahuannya kuat terhadap nafsu syahwat dan kelazatan dunia.
  2. Rakus dengan harta benda dan menyombong diri
  3. Suka bercakap kotor dan memburuk-burukkan orang lain.
  4. Berperangai buruk dan suka berkawan dengan orang yang derhaka kepadaAllah.
  5. Memandang ringan solat lima waktu.
  6. Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman
  7. Keberatan memberi pertolongan kepada orang lain.
  8. Melupakan dosa yang lalu.
  9. Membandingkan dengan orang di atasnya berhubung urusan dunia.
  10. Membandingkan orang di bawahnya berhubung urusan akhirat.
  11. Mengungkit kembali kebaikannya lalu, sedangkan dia tidak tahu sama ada amalannya diterima atau tidak

Zaman Muda VS Zaman Remaja.

Zaman muda dan remaja adalah zaman yang amat istimewa bagi kita. Ketika itu kita cergas, gagah, bercita-cita tinggi lagi aktif. Inilah zaman yang amat mencabar dan zaman ini akan dipertanggungjawabkan oleh Allah. Nabi bersabda, "Tidak akan berganjak seseorang hamba di hari Kiamat melainkan sesudah dia ditanya tentang 4 perkara:


  1. Tentang umurnya, di mana dihabiskannya..
  2. Tentang waktu mudanya, apa yang telah dilakukan dengannya.
  3. Tentang hartanya, dari mana diperoleh dan kemana dibelanjakannya.
  4. Tentang ilmunya, apa yang telah dilakukan dengannya. (Hadis Tarmizi).

Nikmat keremajaan dan kemudaan seharusnya disyukuri. Orang muda mudah dilamun cinta. Kasih dan cinta pula adalah perasaan yang fitrah bagi manusia. Allah menceritakan tentang perasaan ini dalam Al-Quran dengan firmannya; "dihiaskan bagi manusia KECINTAAN kepada perkara-perkara yang diingini nafsu berbentuk perempuan-perempuan, anak pinak, harta benda yang banyak dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, binatang-binatang ternakan dan kebun tanaman. Itulah kesenangan hidup di dunia sedangkan di sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya".(Surah Ali-Imran ayat 14)


Cinta sesama manusia seringkali membawa kepada kekecewaan dan kedukacitaan. Justeru, dalam banyak cinta, cinta kepada Allah itulah yang lebih utama. Cinta Ilahi inilah yang sepatutnya menjadi suluhan kepada cinta-cinta yang lain, apatah lagi cinta antara lelaki dan perempuan. Apabila cinta lelaki-perempuan mengatasi cinta terhadap Allah, jadilah khalwat, zina, rogol, pergaulan bebas dan seumpamanya. Sebagai contohnya kajian Kementerian Belia dan Sukan ke atas 5860 remaja dalam lingkungan umur 13-21 tahun pada tahun 1994 mendapati bahawa 28% daripada mereka telah terlibat dengan seks bebas.


Laporan akhbar pada 1-11-95 pula menyebutkan tentang kenyataan Menteri Kesihatan Malaysia berhubung satu kajian yang telah dibuat ke atas sekumpulan remaja berumur 16-18 tahun di Wilayah Persekutuan. Hasil kajian ini mendapati 50% daripada mereka telah mengadakan hubungan seks, termasuk dengan melanggan pelacur-pelacur.


Inilah manifestasinya apabila nafsu mengatasi iman. Sebaliknya mereka yang benar-benar beriman akan memastikan agar segala tindakan mereka dikawal oleh batas-batas syariat. Sebagai contoh, di dalam kitab Al-Hilyah, diceritakan tentang Ummu Sulaim yang pernah dilamar oleh Abu Talhah, sebelum beliau (Abu Talhah) menganuti Islam. Abu Talhah ketika itu cukup kacak dan kaya raya. Namun jawapan Ummu Sulaim jelas melambangkan keperibadian yang tinggi:Aku cintakan kamu. Orang seperti kamu tidak akan ditolak. Tetapi kamu seorang kafir dan saya tidak boleh berkahwin dengan orang kafir.


Itulah tindakan hasil suluhan iman dan takwa. Cinta tidak akan menyebabkan dia menggadaikan maruah, harga diri, agama dan kebenaran.


“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”

- surah Al-Hasyr (59):18

Petua Memilih Pasangan..

Kebanyakan daripada rumah tangga runtuh yang bermasalah sejak hari pertama tak lain tak bukan adalah kerana kedua-dua orang yang terlibat tersalah pilih pasangan, itu sahaja.
Pilihan pasangan hidup anda adalah lebih penting dari apa jua yang anda lakukan untuk membahagiakan rumah tangga anda. Itu mungkin bunyinya seperti mudah sahaja dilakukan, tetapi anda akan terkejut dengan peratusan tinggi orang yang tidak sabar sabar melangsungkan perkahwinan sehingga mereka tidak menumpukan masa dan usaha yang diperlukan untuk membuat keputusan yang baik.

Jika anda ingin memastikan perkahwinan yang memuaskan dan berkekalan, timbangkan faktor-faktor berikut :

  • Tempoh Masa Perkenalan

Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama dua tahun atau lebih kesemuanya lebih berpuas hati dengan perkahwinan berbanding pasangan yang berkenalan dalam jangka masa yang lebih pendek. Apabila pasangan bersedia mengambil keputusan yang melibatkan perkahwinan selepas hanya berkenalan selama beberapa bulan, keputusan itu kebanyakannya lebih berdasarkan khayalan dan kurang berdasarkan hakikat .

  • Memilih Pasangan Sendiri

Orang sering memilih pasangan semata mata untuk menggembirakan orang lain - ayah , ibu atau kerana orang menyuruh mereka berkahwin. Tetapi amat penting agar orang yang hendak kahwin itu sendiri gembira dengan pilihannya. Keputusan anda hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan impian anda sendiri. Anda juga patut mendengar pendapat sahabat handai dan kaum keluarga dengan teliti, tapi jangan sampai biarkan orang lain memilih pasangan hidup anda.

  • Harapan Yang Tidak Wajar Tentang Perkahwinan

Kebanyakan rumah tangga gagal kerana tidak mendapat apa yang mereka impikan sebelum berkahwin. Ramai lelaki dan wanita memasuki alam perkahwinan dengan sangkaan bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka dan bahawa perasaan romantik mereka semasa bercinta akan kekal abadi. Sebenarnya rumah tangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan.

  • Masalah Keperibadian dan Tingkah Laku.

Keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila andaberkahwin.Jika terdapat cirri-ciri keperibadian dan tingkah laku pasangan anda yang menimbulkan persoalan, seperti cemburu, panas baran, tidak bertanggungjawab, tidak jujur dan degil. Tanya diri sendiri sama anda sanggup untuk menghabiskan masa anda sehingga ke akhir hayat unt uk menangani masalah ini. Nyata sekali ,jika pasangan yang dalam pertimbangan itu menghadapi masalah dadah, kaki botol dan sebagainya ,anda sepatutnya memastikan masalah itu telah diselesaikan jauh lebih awal sebelum perkahwinan anda.

  • Banyak Pengalaman Hidup

Pemilihan pasangan hidup melibatkan ramalan tentang bagaimana anda berdua akan hidup bersama sepanjang tahun tahun akan datang. Pengalaman disini bukan bermaksud usia .Pengalaman yang dilalui tidak bergantung dengan usia seseorang. Pengalaman lelaki dan wanita mengharungi susah senang bersama amat bermakna dalam perhubungan. Jika boleh lalui waktu waktu susah dan senang bersama pasangan anda. Ambil contoh yang mudah saja ,misalnya melalui lalu lintas yang sesak, jalan jalan kampung yang becak . Dari situ dia akan menunjukkan siapa dirinya yang sebenarnya.

  • Bayangan Orang yang Ingin Anda Kahwini

Bayangan ini tidak anda sedari pada umumnya , namun ia amat mempengaruhi anda. Bayangkan dengan jelas sifat-sifat orang yang ingin anda kahwini. Fikirlah dengan panjang dan mendalam tentang faktor - penampilan, kepintaran, pendidikan , kerohanian dan sebagainya. Pemikiran bawah sedar anda boleh menghantui sesuatu hubungan . Berpeganglah pada bayangan anda ini, jika tidak anda akan menginginkan orang lain buat selamanya.

  • Pasangan yang Bersifat Seakan akan Diri Anda

Pasangan yang mempunyai terlalu banyak perbezaan sifat nya, akan memerlukan usaha yang lebih untuk memastikan rumahtangga yang dibina kekal bahagia.Lebih banyak memerlukan toleransi dan pemahaman. Tak ramai pasangan mampu bertindak sebegin

  • Mempunyai Cita-cita yang Seiring

Jika orang yang anda kahwini bercita cita jauh lebih rendah atau lebih tinggi daripada anda, mungkin anda berdua akan kecewa. masalah akan timbul jika anda berusaha mendaki puncak kejayaan tetapi pasangan anda telah berpuas hati dengan apa yang telah anda berdua miliki. Perbezaan sifat mungkin menarik hati ketika sedang melamar, tetapi ia akan menyebabkan banyak kekecewaan sepanjang perkahwinan.

  • Kebolehan Berkomunikasi

Kebolehan berkomunikasi sangat penting demi kebahagian rumah tangga.Kesejahteraan perkahwinan bergantung kepada tahap komunikasi suami isteri. Adalah penting kedua dua pasangan menguasai kemahiran bertutur dan mendengar. Banyak rumah tangga hancur kerana masing masing tidak pandai menyatakan hasrat masing-masing dengan cara yang boleh diterima oleh pasangannya. Hasrat dipendam tanpa komunikasi berkesan.

  • Kebolehan Menyelesaikan Pertelingkahan

Pasangan perlu tahu yang mereka berkemampuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sebelum mereka berkahwin. Jika pasangan tidak tahu cara yang berkesan untuk menangani perselisihan pendapat antara mereka, Rumah tangga mungkin akan runtuh. Banyak rumah tangga runtuh kerana suami isteri tidak tahu menangani perbezaan diri mereka berbanding sebab sebab lain. Amat perlu menilai kemahiran perdamaian masing masing sebelum berkahwin.

Tuesday, October 14, 2008

Pesanan Untuk Wanita

Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
(Riwayat Muslim).

Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
(Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban,Thabarani, Anas bin Malik).

Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya.
(Riwayat Tarmizi)

Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf).
(Riwayat dari Hassan).



Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka


Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya(sepuluh ribu(XLF3) tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, memberi minum, Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim. Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun".
Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya. "

Tanda 100 Hari Sebelum Hari Mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.



Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.



Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

~Wallahualam~